Motosikal / Lain Lain Roda

Pusat Servis MODENAS Mula Beroperasi Hari Ini

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) mengumumkan bahawa operasi selepas jualan mereka akan kembali beroperasi di beberapa cawangan yang terpilih.

Ini adalah berikutan pernyataan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) baru-baru ini yang membenarkan perniagaan tertentu dibawah industri Automotif untuk kembali beroperasi.

Penyambungan semula operasi selepas jualan MODENAS akan tertakluk kepada prosedur pengendalian standard (SOP) pandemik Covid-19 yang telah ditetapkan oleh MITI, termasuk waktu yang lebih singkat, kakitangan yang terhad serta mematuhi langkah-langkah pencegahan seperi penjarakan sosial dan pemantauan amalan kebersihan.

Pusat-pusat yang akan dibuka untuk perniagaan adalah seperti berikut:

  • Pusat Servis MODENAS Subang, Selangor
  • Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak
  • Pusat Servis MODENAS Gurun, Kedah
  • Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang

Pusat-pusat ini akan beroperasi pada hari Isnin dan Khamis sahaja, dari 10 pagi hingga 3 petang, bermula hari ini (20 April 2020). Sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.

Pusat-pusat servis ini hanya akan melayani pelanggan yang membuat temu janji. Pelanggan boleh membuat temu janji secara dalam talian melalui http://bit.ly/mcobookaservice atau http://bit.ly/jomservis. Selain itu, para pelanggan juga boleh menghantar Mesej WhatsApp ke talian MODENAS Careline di 019-570 8135.

Pelanggan kemudiannya akan dihubungi oleh kakitangan cawangan untuk mengesahkan slot tarikh dan masa yang ada. Pusat-pusat servis ini hanya akan menerima temu janji berdasarkan ‘first come first serve’.

Pendekatan ini diambil untuk mengehadkan jumlah pelanggan yang memasuki premis serta mempraktikkan jarak sosial yang selamat bagi setiap pelanggan dalam tempoh pandemik ini. Semua pelanggan akan diminta memakai penutup hidung dan mulut sebelum memasuki premis dan suhu badan mereka juga akan diperiksa

Previous post

Siapa Yang Menjaga Aset GoCar Di Stesen Shell

Next post

Mustang Dipandu Isteri Kemalangan Dan Suami Senyum Saja

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *