Berita Auto

McLaren Senna Novitec – 889 hp, 888 Nm

Dengan 789 hp dan 800 Nm, McLaren Senna sudah cukup sempurna untuk dilenjan di litar lumba dan talaan adalah benda terakhir yang diperlukannya.

Namun ini tidak menghalang syarikat ‘tuner’ terkenal iaitu Novitec untuk menghasilkan pakej naik taraf prestasi untuk enjin 4.0-liter twin-turbo V8 yang digunakan pada Senna.

Menerusi penggunaan sistem ekzos lumba yang diperbuat daripada Inconel dan pemetaan pada ECU, Novitec berjaya meningkatkan kuasa enjin tersebut kepada 889 hp dan 888 Nm.

Menurut syarikat itu, Senna kini boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 2.7 saat iaitu kurang 0.1 saat berbanding versi standard. Pecutan 0-200 km/j pula dilakukan dalam 6.5 saat berbanding 6.8 saat sebelum ini. Bagaimanapun, kelajuan maksimum kekal pada 335 km/j.

Peningkatan ini mungkin tidak seberapa jika dilihat di atas kertas namun Novitec mendakwa bahawa pemandu akan merasai perbezaan yang ketara dari segi tindak balas pendikit dan lengkung tork terutamanya di litar.

Bagi projek ini, Novitec tidak melakukan sebarang perubahan pada reka bentuk Senna cuma unit yang ditampilkan ini didatangkan dengan rim Vossen berukuran 20 inci di hadapan dan 21 inci di belakang.

Selain itu, muncung ekzos asal juga digantikan dengan muncung berkembar berukuran 95 mm yang boleh didapati dengan kemasan hitam matte atau keluli tahan karat.

Previous post

Ferrari Roma, F8 Tributo and SF90 Stradale Dapat Anugerah Red Dot

Next post

SDAC Tawar Rebat RM7,000 Untuk Ford Ranger WildTrak

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *