Berita Auto

Kini Anda Boleh Langgan Renault Captur Pra-Milik

TC Euro Cars (TCEC) telah melancarkan Pelan Langganan Renault Captur Pra-Milik yang menawarkan pilihan mobiliti mudah buat mereka yang tidak mahu membuat komitmen kewangan jangka masa panjang terutamanya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apa yang anda akan dapat adalah pelan langganan selama setahun yang dengan caj RM1,299 sebulan. Untuk tempoh promosi terhad, anda hanya perlu bayar RM599 sebulan untuk enam bulan pertama. Bayaran bulanan akan kembali seperti biasa untuk bulan ketujuh hingga 12.

Bayaran bulanan tersebut adalah termasuk cukai jalan, insurans, servis berkala dengan had perbatuan tahunan dihadkan kepada 20,000 km yang boleh dinaik taraf.

Semua unit Captur pra-milik berusia tidak lebih dua tahun dan sudah melepasi ujian lengkap bagi mematuhi standard kualiti serta keselamatan Renault. Unit adalah terhad, oleh itu siapa cepat dia dapat.

Berminat? Dapatkan satu unit dengan membuat tempahan RM200 secara dalam talian menerusi Renault E-Store, bermula 17 April hingga 15 Mei 2020. Anda boleh menikmati penjimatan sebanyak RM50 ke atas yuran tempahan menerusi ‘Shocking Sale’ Shopee yang bermula pada 12 tengah malam dan 12 tengah hari pada 23 dan 24 April.

Semua penebusan Renault Pre-Owned Captur Subscription, sama ada menerusi Renault E-Store atau Shopee, boleh dibuat mulai 15 Mei hingga 31 Julai 2020. Jika pelanggan tidak mahu meneruskan langganan atau tidak menebus langganan dalam tempoh kempen, yuran tempahan akan dipulangkan dalam 60 hari, dengan yuran pengurusan sebanyak RM5 akan dikenakan.

Renault Pre-Owned Captur Subscription merupakan sebahagian pelan keseluruhan TCEC untuk mengembangkan tawaran Renault Subscription, di samping pelan-pelan Subscription Trial, Fixed dan Switch yang sedia ada.

Previous post

Ini Adalah Audi A3 Sedan Generasi Kedua

Next post

Ducati PJ Sedia Terima Kunjungan Pelanggan Selepas PKP

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *