Berita Auto

Jangan Abaikan Kenderaan Anda Semasa PKP

Jika anda seorang warganegara yang patuh kepada undang-undang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, anda akan mendapati meter minyak kenderaan anda tidak berganjak atau kenderaan anda tersadai di kawasan rumah atau ruang tempat letak kereta.

Membiarkan kenderaan anda terbiar untuk tempoh masa yang lama akan mendatangkan kesan tidak baik pada kenderaan anda. Ketua Motor Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Jimmy Tan berkongsi beberapa tip untuk menjaga kenderaan anda dalam tempoh PKP ini.

Pandu kenderaan anda

Jika anda mempunyai lebih dari satu kenderaan, pastikan anda pandu kenderaan secara bergilir-gilir apabila keluar membeli barangan rumah. Memandu dalam jarak dekat seminggu sekali boleh menjaga enjin dan membantu mengecas semula bateri.

Isi minyak dan pam tayar

Apabila anda keluar. jangan lupa untuk isi minyak bagi menghalang lembapan daripada terkumpul di dalam tangki. Periksa tekanan udara tekanan angin tayar dan isi semula jika perlu.

Nota penting: Amalkan kebersihan apabila berada di stesen minyak. Gunakan cecair pencuci tangan selepas selesai mengisi minyak dan mengepam angin.

Bersihkan kenderaan anda

Lap bahagian dalam kenderaan dan keluarkan semua barangan yang tidak diperlukan. Jika anda tinggal di rumah atas tanah (landed), anda juga boleh membasuh kenderaan di dalam kawasan rumah anda. Dan jika anda mempunyai masa, gilap kenderaan anda untuk melindungi permukaannya.

Lindungi kenderaan anda

Pelihara kenderaan anda dan gunakan penutup kenderaan untuk melindungi kenderaan daripada cahaya matahari dan hujan.

Jangan lupa untuk memperbaharui insurans motor anda

Periksa tarikh luput cukai jalan anda dan jika perlu diperbaharui dalam masa terdekat, segera hubungi ejen anda atau penanggung insurans untuk memperbaharui polisi motor anda.

Previous post

Allianz Kongsi Tips Beli Insurans Hayat

Next post

PKP Dilanjutkan Sehingga 28 April

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *