Berita Auto

Ferrari Hasilkan Injap Respirator Untuk Pesakit Covid-19

Ferrari telah mula menghasilkan injap respirator dan komponen untuk pelindung muka di kilangnya di Maranello. Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif jenama supercar Itali itu untuk membantu petugas kesihatan merawat pesakit koronavirus.

Menurut Ferrari, jabatan di mana prototaip kereta dihasilkan, kini digunakan untuk menghasilkan komponen-komponen termoplastik tersebut menggunakan teknologi pembuatan aditif.

Sebahagian daripada injap tersebut telah dibangunkan oleh Mares, sebuah pengeluar peralatan menyelam. Injap tersebut direka khas supaya sesuai dengan topeng kecemasan untuk membantu pesakit yang mengalami masalah pernafasan.

Sementara itu, syarikat Solid Energy turut membantu mengubahsuai topeng snorkel Decathlon menjadi topeng pelindung untuk melindungi petugas kesihatan daripada terdedah kepada jangkitan.

Dalam beberapa hari akan datang, Ferrari merancang untuk menghasilkan beberapa ratus komponen-komponen ini. Ia akan diedarkan oleh beberapa syarikat yang terlibat kepada hospital-hospital di Bergamo, Genoa, Modena, Sassuolo dan Medicina.

Previous post

Volkswagen Dedah Imej Nivus Untuk Pasaran Amerika Selatan

Next post

Bilik Pameran Ducati PJ Dilanda Banjir Kilat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *