Bisnes

Ferrari Untung Sebanyak RM407k Bagi Setiap Kereta Yang Dijual

Walaupun pasaran automotif mula menunjukkan tanda-tanda ia semakin perlahan pada 2019, Ferrari masih mampu mencapai keuntungan yang memberangsangkan.

Menurut laman web Fiat Group World, jualan pengeluar supercar dari Itali itu mencecah 10,131 unit pada tahun lalu dengan margin operasi (keuntungan) sebanyak 23.2% atau €86,369 (RM407,900) bagi setiap unit yang dijual.

Walaupun keuntungan yang dicapai itu tinggi, ia sebenarnya lebih rendah berbanding keuntungan tahun 2018 iaitu €86,801 (RM409,940) bagi setiap kereta.

Fiat Group World mendakwa keuntungan yang diperoleh itu adalah daripada penggunaan teknologi baharu, penyesuaian dengan perubahan pasaran dan strategi pemasaran oleh Ferrari.

Apa yang menarik, laman web itu turut menunjukkan berapa banyak kenderaan yang perlu dijual oleh jenama lain untuk membuat keuntungan yang sama banyak dengan sebuah Ferrari.

Sebagai contoh, BMW perlu menjual 30 buah kenderaan untuk mencapai keuntungan yang sama dengan sebuah Ferrari, manakala Toyota 44 buah, Mercedes-Benz 67 buah, Kia 155 buah dan Nissan 926 buah.

Previous post

Indonesia, Hub Kenderaan Elektrik ASEAN Baharu

Next post

SYM Maxsym TL Mungkin Dapat Penuhi Keperluan Anda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *