Berita Auto

Volkswagen Umum Faedah Tambahan Kempen ‘Welcome Back’

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengemas kini kempen selepas jualan ‘Welcome Back’ dengan faedah tambahan khas untuk pemilik Volkswagen yang bertugas di barisan hadapan.

Faedah tambahan ini adalah tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang banyak berkorban semasa tempoh PKP ini. Ia diharap dapat meringankan beban dan menenangkan fikiran ahli keluarga Volkswagen.

Tambahan baharu kepada kempen tersebut termasuklah keutamaan tempahan, pembersihan kereta percuma dan diskaun 10 peratus ke atas jumlah keseluruhan bil.

Pemilik Volkswagen yang merupakan petugas barisan hadapan perlu menyatakan pekerjaan mereka apabila membuat pendaftaran dalam talian. Mereka akan dihubungi oleh kakitangan Volkswagen untuk pengesahan.

Selepas diluluskan, faedah tambahan akan dikredikatkan ke dalam wallet aplikasi Volkswagen Cares dan sedia digunakan untuk pra-tempahan janji temu. Janji temu perlu dilakukan dalam tempoh 30 hari selepas PKP berakhir.

Menerusi kempen ‘Welcome Back’, semua pemilik Volkswagen yang berdaftar termasuk mereka yang bukan petugas barisan hadapan, akan menerima hadiah dan baucar minyak pelincir bernilai RM50 (untuk pemilik yang tidak menebus servis penyelenggaraan percuma dan bukan ahli Volkswagen Cares Plus (VCP)).

Untuk mendaftar dan menempah janji temu, layari laman web Volkswagen. Muat turun aplikasi Volkswagen Cares untuk menikmati faedah yang diberikan.

Previous post

Mustang Dipandu Isteri Kemalangan Dan Suami Senyum Saja

Next post

Ducati Panigale V4R Versi Lego Technic

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *