Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati PJ Sedia Terima Kunjungan Pelanggan Selepas PKP

Next Bike Sdn Bhd, pengimport dan pengedar motosikal Ducati di Malaysia, telah mengeluarkan kenyataan terkini mengenai kejadian banjir kilat yang melanda bilik pameran Ducati PJ minggu lalu.

Menurutnya, Ducati Malaysia komited untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka dan semua pihak yang terlibat.

Sejak Khamis lalu, pihaknya telah menilai secara menyeluruh semua motosikal pelanggan di pusat servis Ducati PJ, mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Ducati Motor Holding.

Ducati Malaysia juga telah menghubungi semua pemilik terlibat untuk memaklumkan status terkini motosikal mereka.

Pada masa yang sama, syarika itu juga bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi yang berkaitan untuk memastikan motosikal demo dan stok mereka mengikut standard dan kualiti tertinggi.

Mengenai bilik pameran Ducati PJ, Next Bike berkata bahawa ia sedia menerima kunjungan pelanggan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

Ducati Sungai Buloh dan Ducati Penang turut mengambil langkah-langakah keselamatan dan pencegahan untuk mengalu-alukan pelanggan selepas PKP.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi ducati_my@naza.com.my.

Previous post

Kini Anda Boleh Langgan Renault Captur Pra-Milik

Next post

Ingin Pulang ke Ibu Kota? Daftar di Aplikasi Gerak Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *