Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati Panigale V4R Versi Lego Technic

Diperkenalkan pada akhir 2018, Ducati Panigale V4R adalah salah satu jentera yang paling diimpikan oleh peminat-peminat motosikal namun dengan harga mencecah hampir RM300,000 seunit, ia bukanlah untuk semua.

Namun jangan risau kerana dengan hanya $69.99 (RM306), anda boleh memiliki set Lego Technic Ducati Panigale V4R ini. Sudah tentu, ia tidak boleh ditunggang seperti motosikal sebenar namun dengan ukuran 32 cm panjang, 16 cm tinggi dan 8 cm lebar, set ini boleh dijadikan sebagai perhiasan rumah yang cukup menarik.

Set ini mengandungi 646 kepingan Lego dan hadir dengan beberapa komponen yang realistik seperti ‘kickstand’, ekzos, penghadang angin, sistem suspensi, brek cakera dan panel instrumen.

Bukan itu sahaja, ia juga merupakan set motosikal Lego Technic pertama yang didatangkan dengan kotak gear dua kelajuan. Kotak gear tersebut berfungsi dan disambungkan dengan enjin V4 dengan omboh yang bergerak.

Bergantung pada pasaran, Lego Technic Ducati Panigale V4R boleh didapati bermula 1 Jun depan.

Previous post

Volkswagen Umum Faedah Tambahan Kempen 'Welcome Back'

Next post

Mazda Paten Sistem Hibrid Motor Dalam Roda Dan Rotary Turut Disebut

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *