Berita Auto

Kini Anda Boleh Beli BMW Secara Dalam Talian

Dalam usaha mendigitalkan pengalaman pemilikan premium buat pelanggan mereka, BMW Group Malaysia telah melancarkan dua platform digital baharu iaitu BMW Shop Online dan BMW Engage.

BMW Shop Online merupakan bilik pameran digital yang boleh diakses dari rumah. Setakat ini, platform tersebut menawarkan dua model iaitu 530e Sport, 530e M Sport, serta dua model yang dilancarkan baru-baru ini iaitu X6 xDrive40i M Sport dan 840i M Sport Gran Coupe.

Dengan kewujudan platform tersebut, syarikat itu menggiatkan kempen ‘Unplug & Play’ yang menawarkan tawaran eksklusif untuk 530e Sport dan 530e M Sport.

Menerusi kempen tersebut, pelanggan berpeluang menikmati rebat tunai berjumlah RM10,000 untuk 530e Sport dan RM20,000 untuk 530e M Sport, kadar faedah 0.0% dan peluang untuk memenangi i8 Coupe.

Bukan itu sahaja, kedua-dua model tersebut turut hadir dengan kad BMW ChargeNow yang memberikan akses ke atas stesen-stesen pengecasan rakan kongsi seperti ChargEV. Pelanggan yang menempah 530e Sport akan menerima pengecas BMW iWallbox, manakala pemilik baharu 530e M Sport akan mendapat BMW i AC Fast Charging Cable.

Sementara itu, BMW Engage pula adalah platform pembiayaan dalam talian yang pertama kalinya diperkenalkan oleh BMW Credit (Malaysia) Sdn. Bhd. Ia memberikan pelanggan fleksibiliti untuk memohon dan mendapatkan pra-kelulusan bagi pembiayaan mereka dari rumah melalui proses permohonan yang mudah dan lancar.

Tawaran dalam talian ini terhad sehingga 30 Jun 2020. Pelanggan kini boleh membuat tempahan untuk 530e Sport dan 530e M Sport pada harga RM1,000 melalui BMW Shop Online di http://shop.bmw.com.my/. Untuk mendapatkan pra-kelulusan sebelum membuat pembelian, pelanggan boleh mengunjungi BMW Engage melalui https://www.bmwfs.my/.

Previous post

Pusat Servis Subaru Terpilih Kembali Beroperasi

Next post

Tiga Varian Istimewa D-Max Rekaan Isuzu UK

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *