Berita Auto

Bilik Pameran Dalam Talian Nissan Dilancarkan

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, operasi semua bilik pameran kereta akan terus ditutup sehingga 28 April, itu pun jika ia tidak dilanjutkan lagi.

Jadi, bagi membolehkan pelanggan untuk menghubungi mereka semasa tempoh ini, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) telah melancarkan Bilik Pameran Dalam Talian Nissan yang boleh diakses menerusi laman web rasmi syarikat itu.

Laman web tersebut telah dipertingkatkan bagi membolehkan pelanggan mengemukakan borang untuk pertanyaan lanjut mengenai jualan atau mengatur tempahan kenderaan. Mereka akan dihubungi oleh wakil jualan Nissan dalam tempoh 24 jam selepas borang dihantar.

Bukan itu sahaja, mereka juga boleh menetapkan janji temu untuk sesi pandu uji selepas PKP ditamatkan. Ikuti langkah-langkah mudah ini:

Menurut ETCM, semua proses pendaftaran dan penyerahan kereta akan diteruskan selepas PKP.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Nissan Customer Car Centre di talian 1800-88-3838.

Previous post

PKP Dilanjutkan Sehingga 28 April

Next post

Acura TLX Type S Mungkin Menjadi Kereta FWD Terbaik Yang Kami Tidak Akan Dapat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *