Berita Auto

Audi RS6-R Avant – Super Wagon Oleh ABT!

Selepas memperkenalkan RS7-R beberapa hari yang lalu, ABT kini kembali lagi dengan satu lagi penawaran yang bakal membuatkan peminat wagon teruja iaitu RS6-R Avant.

DAMD Suzuki Jimny

Diacah buat kali pertama pada Disembert tahun lalu, RS6-R Avant tampil dengan kit badan agresif yang merangkumi komponen-komponen gentian karbon termasuk spoiler lip, skirt sisi dan diffuser belakang.

Unit yang ditampilkan ini memakai rim ABT High Performance HR22 berukuran 22 inci. Ia dipadankan dengan sistem suspensi ABT.

Untuk bahagian dalaman, ABT menawarkan sehingga 10 komponen naik taraf seperti upholsteri kulit dan stereng gentian karbon. Pendek kata, pakej dalaman ini akan membuatkan ruang kabin RS6 lebih menarik.

Dari segi prestasi, enjin 4.0-liter twin-turbo V8 yang terdapat pada jentera ini kini menghasilkan 740 hp dan 920 Nm, terima kasih kepada pengecas turbo dan intercooler yang dipertingkatkan. Jentera ini mampu memecut dari 0 hingga 100 dalam 3.2 saat.

Untuk perbandingan, RS6 Avant versi standard bukanlah jentera yang perlahan. Dengan 600 hp dan 800 Nm, ia memerlukan 3.6 saat untuk mencapai kelajuan 100 km/j.

Seperti yang dijangka, kos untuk menukar RS6 Avant biasa menjadi RS6-R tidak murah iaitu €69,900 (RM330,985), tidak termasuk harga RS6 itu sendiri iaitu €117,500 (RM556,380). Ia juga terhad kepada 125 unit sahaja.

Previous post

ETCM Lanjut Tempoh Waranti Kenderaan Nissan 30 Hari

Next post

Proton Sahkan Waranti Tidak Terjejas Ketika PKP

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *