Berita Auto

10 Pusat Servis Nissan Dibenarkan Beroperasi

Pemilik Nissan kini boleh menghantar kenderaan mereka ke pusat servis yang dioperasikan oleh Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn. Bhd. (TCEAS) berikutan kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pusat servis terbabit akan menjalankan sistem ‘tinggal dan ambil’, di mana pelanggan hanya boleh meninggalkan kenderaan mereka di pusat servis mengikut slot yang ditempah dan tidak akan dibenarkan untuk menunggu di sana.

Pemilik dinasihatkan untuk membuat janji temu terlebih dahulu dengan pusat servis terdekat. Ia boleh dilakukan menerusi aplikasi DriveOn, laman web TCEAS, pusat panggilan Nissan Customer Care di talian 1800- 88-3838 atau di pusat servis terdekat.

TCEAS akan mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti mengambil suhu badan, penjarakan sosial dan pembasmian kuman secara kerap di pusat servis. Semua kenderaan juga akan melalui proses disinfeksi sebelum dan selepas servis. Topeng muka dan cecair pencuci tangan akan dibekalkan secara percuma, manakala bayaran tanpa kontak turut digalakkan.

Berikut adalah senarai pusat servis TCEAS yang dibenarkan untuk beroperasi:

Previous post

Jualan Mitsubishi Triton Naik 0.9%

Next post

Bank Negara Ubah Dasar Moratorium Untuk Pinjaman Sewa Beli

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *