Hibrid & Elektrik

Volkswagen e-Bulli – Van Klasik Dengan Nadi Elektrik

Volkswagen Commercial Vehicles telah memperkenalkan e-Bulli. Secara asanya, ia merupakan van T1 ‘Samba Bus’ versi elektrik yang dibangunkan dengan kerjasama eClassics.

e-Bulli sepatutnya diperkenalkan secara rasmi di Techno Classica 2020 tetapi acara tersebut telah dibatalkan akibat wabak COVID-19 yang sedang melanda.

Van ini asalnya dikuasakan oleh enjin ‘boxer’ empat silinder dengan 44 PS dan 102 Nm namun unit itu telah digantikan dengan sebuah motor elektrik yang menjana 83 PS dan 212 Nm.

e-Bulli menggunakan transmisi automatik kelajuan tunggal untuk menyalurkan kuasa ke roda. Ia mempunyai kelajuan maksimum sehingga 130 km/j dan mempunyai jarak pemanduan kira-kira 200 km, terima kasih kepada pek bateri lithium-ion 45 kWh.

Selain itu, casis van ini turut dipertingkatkan bagi menghasilkan pengalaman pemanduan yang lebih baik. Casisnya telah direka semula dan kini diperkuatkan dengan sistem suspensi ‘multi-link’ pada bahagian hadapan dan belakang, stereng ‘rack and pinion’ serta sistem brek cakera.

Bagi memberikannya penampilan yang lebih segar, Volkswagen menggunakan tema dwi tona dengan warna Energetic Orange Metallic dan Golden Sand Metallic Matte pada bahagian luaran. Sementara itu, ruang kabin pula menampilkan warna Saint Tropez dan Saffrano Orange, serta lantai kayu yang diinspirasikan oleh dek kapal.

Antara kelengkapan standard yang disertakan pada e-Bulli termasuklah lampu LED, sistem Volkswagen ‘We Connect’, Bluetooth, USB dan sistem bunyi dengan subwoofer.

Previous post

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Hingga 14 April

Next post

Walaupun Ini Musim Perintah Kawalan Pergerakan Undang-Undang Jalan Raya Masih Berkuat Kuasa

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *