Berita Auto

UMW Toyota Motor Panggil Semula 13,500 Unit Toyota dan Lexus

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini mengumumkan Kempen Servis Istimewa (SSC) bagi menggantikan pam bahan api untuk beberapa model Toyota dan Lexus.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Toyota Motor Corporation (TMC), terdapat kira-kira 12,000 unit Toyota merangkumi model Alphard, Camry, Corolla, Innova dan Fortuner yang terlibat dalam kempen ini.

Bagi jenama Lexus pula, kempen ini melibatkan kira-kira 1,500 unit merangkumi model GS300, GS350, IS300, LC500/500H, LS460, LS500/500H, LS600H, NX200T/300H, RC350/300H, RX350/450H dan RX350/450.

Hanya model keluaran tahun 2013 hingga 2019 yang diedarkan oleh UMWT terlibat dalam kempen ini. Model yang tidak tersenarai tidak terlibat.

Menurut UMWT, pam bahan api yang terjejas mungkin akan berhenti beroperasi. Jika ini berlaku, lampu amaran dan mesej akan terpapar pada panel instrumen dan enjin berkemungkinan akan tersekat dan tidak boleh dihidupkan.

Ini akan meningkatkan risiko berlakunya kemalangan terutamanya apabila memandu pada kelajuan tinggi.

UMWT akan memaklumkan semua pemilik kenderaan yang terbabit dan penggantian akan dilakukan secara percuma. Bagaimanapun, proses penggantian bergantung pada model.

Previous post

Pahit Maung Pusingan Ke 3 Festival Toyota Gazoo Racing Menyajikan Hujung Minggu Penuh Keterujaan Untuk 15,000 Peminat Pulau Pinang

Next post

Honda Malaysia Lancar Koleksi Barangan Rasmi - Siri TEI

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *