Sukan

Toyota Gazoo Racing Festival Pusingan 4 Ditutup Kepada Pengunjung

Toyota Gazoo Racing Festival pusingan keempat yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 18 dan 19 April ini akan diadakan secara tertutup.

Dalam satu kenyataan rasmi yang disiarkan hari ini, UMW Toyota Motor berkata bahawa syarikat bertanggungjawab atas kebajikan rakyat Malaysia serta kesejahteraan krew, pelumba dan pasukan yang terlibat. Walaupun tidak dinyatakan, kami percaya ini adalah disebabkan oleh wabak COVID-19 yang semakin menular.

Ini bermakna pusingan akhir TGR Festival musim ketiga tidak akan dibuka kepada umum. Hanya krew, pelumba dan pasukan yang mengambil bahagian akan terlibat.

Pada hari acara, pihak penganjur akan menjalankan saringan untuk pelumba, ahli pasukan dan krew sebelum mereka dibenarkan masuk ke kawasan acara.

“Kami percaya peminat memahami keadaan semasa. Semua perlumbaan masih akan disiarkan secara langsung di akaun Facebook dan Youtube Toyota dan kami menjemput semua orang untuk bersorak untuk pelumba dan selebriti kegemaran mereka menerusi siaran langsung,” kata Ketua Pegawai Sukan Permotoran UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Maklumat terkini mengenai TGR Festival boleh didapati di toyota.com.my/tgrmalaysia/.

Previous post

Mansory Cabrera - Aventador SVJ Yang Disuntik Steroid

Next post

Land Rover Discovery Sport R-Dynamic Dilancarkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *