Berita Auto

Seorang Lagi Kakitangan DRB-Hicom Positif COVID-19

DRB-HICOM Berhad mengesahkan bahawa seorang kakitangan Kumpulan telah disahkan positif mengidap Covid-19. Kakitangan tersebut bertugas di Composites Technology Research Malaysia (CTRM) di Batu Berendam, Melaka.

Rekod pergerakan beliau menunjukkan beliau dijangkiti virus itu setelah menghadiri perkahwinan sepupunya di Putrajaya pada Sabtu, 7 Mac 2020. Pada 18 Mac, beliau diberitahu bahawa pasangan pengantin dan seorang sepupu yang lain telah disahkan positif Covid-19.

Kakitangan tersebut kemudiannya diperiksa di Hospital Melaka, dan walaupun beliau didapati negatif pada ujian pertama, ujian kedua menghasilkan laporan positif Covid-19. Bagaimanapun, ujian ini mendapati kesemua ahli keluarganya (isteri dan dua orang anak) tidak menghidapi virus ini.

Beliau kini dirawat di sebuah hospital, dan proses mengesan senarai hubungan kakitangan ini telah bermula, termasuk dikalangan rakan sekerja dan ahli keluarga beliau. Tempat kerja beliau telah dihadang dan pihak CTRM serta pihak berkuasa akan memulakan kerja pembersihan dan pembasmian kuman dalam waktu terdekat.

Pada masa yang sama, DRB-HICOM ingin memberi maklumat mutakhir mengenai kes positif Covid-19 pertama di Kumpulan DRB-HICOM yang dilaporkan pada 18 Mac lalu.

Kakitangan yang bertugas di Pekan, Pahang itu kian beransur pulih dan ujian terbaru menunjukkannya bebas dari virus ini. Beliau perlu menjalani ujian kali kedua sebelum boleh disahkan pulih dari virus ini.

Previous post

Ducati Jual 53,183 Unit Motosikal Pada 2019

Next post

Toyota Dan Hino Membangun Bersama Lori Tugas-Berat Bahan-Api Hidrogen

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *