Berita Auto

Nissan: Kenderaan Elektrik Boleh Tangani Pencemaran Udara

Di Asia dan Oceania, kira-kira empat billion orang – 92 peratus populasi Asia dan Pasifik – terdedah kepada tahap pencemaran udara yang memberi risiko kesihatan yang ketara.

Situasi itu dijelaskan lagi dengan pelancaran bank data kualiti udara pada masa sebenar terbesar di dunia pada Februari 2020 di bawah Program Alam Sekitar Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP) yang menunjukkan bahawa kebanyakan rantau terus berada dalam tahap kualiti udara ‘tidak sihat’.

Malah, pencemaran udara kini menjadi penyebab kelima kematian di seluruh dunia, di antara semua risiko kesihatan dengan sembilan peratus kematian mempunyai kaitan dengannya.

Sebagai sebahagian daripada komitmen untuk mengurangkan emisi CO2, Nissan, pereka kenderaan elektrik keluaran massa pertama di dunia iaitu Nissan LEAF, telah mengumpul analisis mengenai impak kenderaan terhadap dunia sejak pelancarannya pada tahun 2010.

Nissan LEAF Pandu Uji

Pada masa yang sama, terdapat data menarik untuk menunjukkan bagaimana mobiliti elektrik boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian tahap pencemaran udara:

  1. Hanya sebuah kereta elektrik (EV) boleh menjimatkan 4.6 tan metrik gas rumah hijau setiap tahun, yang bersamaan dengan menanam 209 batang pokok.
  2. Sehingga kini 460,000+ Pemilik Nissan LEAF di seluruh dunia telah menyumbang kepada:
  • Sekitar 2.1 juta metrik tan CO2 dapat dijimatkan. Melihat secara konteksnya, lebih 81 juta batang pokok diperlukan untuk memproses CO2 sebanyak itu dalam tempoh setahun.
  • Lebih 13 bilion kilometer bebas emisi 7 telah dipandu oleh pemilik LEAF – jarak memandu ke bulan lebih 33,800 kali!

Sebanyak 55% CO2 perlu dikurangkan sekarang menjelang tahun 2030 untuk menangani masalah pemanasan global, 2020 akan menjadi tahun pemangkin perubahan pengguna membuat pilihan, seperti beralih kepada EV yang memberi impak langsung kepada pencemaran udara.

Previous post

Lexus UX 200 Masuk Pasaran Malaysia Dengan Harga Dari RM243,888

Next post

Pahit Maung Pusingan Ke 3 Festival Toyota Gazoo Racing Menyajikan Hujung Minggu Penuh Keterujaan Untuk 15,000 Peminat Pulau Pinang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *