Berita Auto

McLaren 720S Spider ‘Fury’ Talaan TopCar

Nampaknya McLaren 720S Spider cukup popular di kalangan tuner. Selepas Novitec, kini tiba giliran TopCar pula untuk menunjukkan kepakaran mereka dalam bidang modifikasi supercar.

Bagi projek yang diberi nama ‘Fury’ ini. syarikat dari Rusia itu menggunakan gentian karbon sebagai bahan utama untuk menghasilkan kit badan.

Ia merangkumi 50 komponen termasuk hud, skirt hadapan, skup udara, bibir spoiler, panel sisi, diffuser belakang dan trim pada ruang enjin. Apa yang menarik, spoiler belakang Fury mempunyai dua sirip yang diinspirasikan oleh logo jerung yang digunakan oleh TopCar.

Bagi melengkapkan imej Fury, TopCar menggunakan lapisan jernih (clear coat) sebagai penyudah pada semua komponen tersebut serta rim berukuran 20 dan 21 inci.

Di dalam, upholsteri kulit/Alcantara baharu boleh didapati pada tempat duduk, konsol tengah dan panel pintu. Seperti bahagian luaran, tema warna hijau digunakan untuk menaikkan seri ruang kabin.

Menurut TopCar, jentera yang ditampilkan ini tidak menerima sebarang penambahbaikan mekanikal. Tetapi jika pelanggan berminat, syarikat itu bersedia untuk meningkatkan kuasa sehingga 800 atau 900 hp. Dalam versi standard, 720S Spider mempunyai 720 PS dan 770 Nm yang dibekalkan oleh enjin 4.0-liter twin-turbo V8.

Previous post

Tidak Boleh Bayar Pinjaman Auto Kerana COVID? Bank Menawarkan Bantuan

Next post

Porsche 911 Turbo S Dengan Tork 800Nm

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *