Berita Auto

Kalau Kereta Rosak Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Macam Mana?

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini berkuat kuasa hampir kesemua jenama kereta telah mengeluarkan notis penutupan bilik pameran dan pusat servis mereka sehingga April 2020.

Ini bermakna anda tidak mempunyai akses kepada pusat servis kenderaan anda. Apakah yang harus anda lakukan sekiranya kenderaan anda rosak semasa Perintah Kawalan Bergerak ini?

Bagi kebanyakan jenama kenderaan, jawapannya mudah saja:

  1. Hubungi talian bantuan jenama anda.
  2. Dapatkan bantuan jalanan.
  3. Jika bantuan jalanan tidak dapat menyelesaikan masalah anda, kereta anda boleh ditarik ke pusat servis terdekat.
  4. Tunggu sehingga Perintah Kawalan Pergerakan tamat untuk kereta anda mula diperbaiki.

Ini merupakan jawapan standard daripada kebanyakan jenama kereta. Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan ini ianya agak munasabahlah jika mereka mungkin akan mengambil masa yang lebih lama dari biasa untuk memproses tuntutan dan pembaikan waranti kenderaan anda.

Bagaimana jika anda benar-benar memerlukan kereta anda untuk pergi membeli makanan untuk keluarga anda atau menghantarnya ke hospital? Untuk kes yang sedemikain, syarikat kenderaan anda MUNGKIN membuat pengecualian dan mempercepatkan proses pembaikan kenderaan anda. Menurut dokumen di atas, pusat servis boleh beroperasi pada ‘kapasiti minimum’, jadi ada peluang beberapa jenama akan mempunyai beberapa cawangan utama mereka beroperasi.

Kami lampirkan di sini senarai nombor talian bantuan tepi jalan dan perkhidmatan pelanggan beberapa jenama kenderaan utama, jika anda memerlukan bantuan segera untuk kenderaan anda:

  • Audi Malaysia: 1800-22-2834 or +603-7841-5676
  • BMW: 1800-88-8808
  • Citroen: 1-800-222-808
  • Ford: 1300-38-3181
  • Honda: 1800-88-2020 (mungkin tutup sementara) or 1800-18-1177
  • Hyundai: 1300-13-2000
  • Infiniti: 1800-88-3330
  • Isuzu: 1300-88-1133, 1800-88-8000 (24 hours business support)
  • Kia: 1-800-888-542
  • Lexus: 1800-88-53987
  • Maxus: +603 2143 3331
  • Mazda: Roadside Assistance: 1800 18 8011, Zoom-zoom line: 1800-22-8080
  • Mercedes-Benz: 1800-88-1133
  • MINI: 1800-88-8808 or +603-2282-8039
  • Mitsubishi: 1800-88-2166 or +603-2161-0246
  • Nissan: 1800-88-3838
  • Perodua: 1800-88-5555
  • Peugeot: 1800-88-6292
  • Porsche: Roadside assistance: 1800-80-1117
  • Proton: 1800-888-398, email customercare@proton.com
  • Renault: 1800-18-8663, online chat between 8:00 am – 8:00 pm
  • Subaru: 012 536 0080
  • Toyota: 1800-88-69682
  • Volkswagen: Roadside Assistance 1800-88-2389, Customer Care 1800-18-8947
  • Volvo: 1800-88-1728

Bagi yang lain, seperti kami, yang dengan kereta yang tiada waranti, banyak bengkel milik persendirian masih berniaga selagi mereka boleh mendapatkan alat ganti untuk kenderaan itu. Ini memang tidak digalakkan, tetapi mereka turut tertekan untuk memastikan kenderaan pelanggan berfungsi dan mereka sendiri mungkin terdesak.

Walau apa pun, setelah apa yang diperkatakan di atas, kenderaan anda berkemungkinan tidak akan apa-apa sebab kenderaan anda, juga seperti anda, duduk diam-diam di rumah dan tidak kemana-mana.

“Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang.”Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja,”

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Previous post

Toyota Supra 2.0L Turbo Tidak Akan Datang Ke Malaysia

Next post

Kakitangan PLUS Disahkan Positif COVID-19

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *