Berita Auto

Honda Odyssey Dipertingkatkan Untuk Model 2021

Honda akan memperkenalkan Odyssey versi 2021 di New York Auto Show pada April ini, dengan anggapan pertunjukan itu tidak dibatalkan akibat Coronavirus seperti Geneva Motor Show.

Jika dibandingkan dengan model sedia ada, versi baharu ini tampil dengan lampu LED yang lebih terang dan efisyen, serta jeriji baharu berwarna hitam yang dipadankan dengan kemasan krom. Bampar hadapan turut direka semula, begitu juga dengan perumah lampu kabus. Varian Elite mendapat rim aloi berukuran 19 inci dan cermin sisi dengan ciri ‘auto dimming’.

Di dalam, kawalan pendingin hawa diberi rekaan lebih segar manakala tempat duduk barisan kedua kini boleh dilipat dan ditanggalkan dengan lebih mudah.

Varian EX dan ke atas mendapat karpet tri-colour dan port USB bercahaya, sementara varian EX-L dan ke atas mendapat jahitan kontras pada tempat duduk, sokongan lumbar pada tempat duduk penumpang hadapan dan poket storan di belakang tempat duduk barisan kedua.

Bagi versi Touring dan Elite pula, trim hitam piano menghiasi papan pemuka, pintu dan pemegang pintu hadapan. Selain itu, Elite didatangkan dengan upholsteri kulit berlubang pada tempat duduk barisan pertama dan kedua.

Dari segi kelengkapan, semua varian Odyssey kini dilengkapi dengan sistem keselamatan Honda Sensing yang telah ditambahbaik dengan ciri Adaptive Cruise Control, Low-Speed Follow dan Pedestrian Emergency Braking.

Satu lagi ciri baharu adalah sistem Rear-Seat Reminder yang direka untuk mengingatkan pemandu untuk memeriksa kerusi belakang sebelum keluar dari kereta dengan mengeluarkan bunyi dan mesej amaran pada paparan instrumen.

Apa yang lebih menarik, pada versi Touring dan Elite, sistem tersebut menggunakan kamera CabinWatch untuk memaparkan tempat duduk belakang pada skrin infotainmen.

Untuk 2021, Odyssey kekal dengan enjin i-VTEC 3.5-liter V6 yang menghasilkan 280 hp. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan.

Previous post

Mazda MX-5 Eunos Edition Kembalikan Nostalgia

Next post

Super GT Malaysia Kembali ke Sepang Julai Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *