Berita Auto

Honda BR-V 2020 Dibuka Untuk Tempahan

Honda Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan tempahan bagi Honda BR-V versi 2020.

Diperkenalkan buat pertama kali pada 2017, BR-V kini diperbaharui dengan jeriji dan bampar hadapan baharu, kemasan bampar bawah serta lampu kabus baharu.

Di belakang, crossover tujuh tempat duduk ini menampilkan kemasan bampar bawah dan antena sirip jerung baharu. Rim 16 inci dengan rekaan terkini melengkapkan imej segar model ini.

Di dalam, BR-V mendapat upholsteri kulit dengan perincian berwarna merah. Tempat duduk baris ketiga kini boleh dilaraskan dan dilipat sepenuhnya dengan nisbah 50:50.

Untuk kemudahan penumpang, ciri kemasukan tanpa kunci (keyless entry) dan butang penghidup enjin (push start button) didatangkan secara standard pada semua varian.

Seperti sebelum ini, BR-V dikuasakan oleh enjin SOHC i-VTEC 1.5-liter yang menghasilkan 120 PS dan 145 Nm.

Harga BR-V 2020 masih belum diumumkan namun kami menjangkakan terdapat sedikit peningkatan seperti yang dialami oleh CR-V, Jazz dan City baru-baru ini.

Menurut Honda Malaysia, model ini akan dilancarkan ke pasaran pada suku pertama tahun ini.

Previous post

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Sejak Ogos '13

Next post

Konsep BMW i4 Memperkenalkan 4-Series Gran Coupé Elektrik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *