Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Brabus 800 Adventure XLP Sedia Atasi Apa Saja Halangan

Brabus telah memperkenalkan rekaan terbarunya yang berasaskan Mercedes-AMG G63. Dikenali sebagai Brabus 800 Adventure XLP, jentera ini menampilkan bed seperti yang terdapat pada trak pikap.

Untuk memberikan ruang bagi membina bed tersebut, Brabus memanjangkan jarak roda sebanyak 50 cm, menjadikan ukuran panjang baharu 5.31 meter.

Brabus turut menggunakan modul khas bagi mengekalkan ketegaran kilasan (torsional rigidity) dan menggantikan titik tapak suspensi belakang. Lantai bed itu diperbuat daripada keluli manakala dindingnya diperbuat daripada gentian karbon.

Apa yang menarik, bed tersebut boleh dijadikan sebagai tapak berlepas dan mendarat bagi dron Wingcopter. Direka untuk membawa bekalan ke kawasan terpencil, dron tersebut boleh beroperasi sehingga 120 km dengan kelajuan maksimum 240 km/j.

Berbalik kepada 800 Adventure XLP, ia dikuasakan oleh enjin 4.0-liter twin-turbo V8 yang menjana 800 hp dan 1,000 Nm yang membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.8 saat.

Menurut Brabus, kelajuan maksimum dihadkan kepada 210 km/j kerana pusat graviti yang tinggi dan penggunaan tayar all-terrain Pirelli Scorpion ATR berukuran 22 inci.

Kemampuan off-road model ini dipertingkatkan lagi dengan penggunaan gandar portal yang dipadankan dengan sistem Brabus Ride Control. Turut disertakan adalah bullbar dengan cangkuk dan rak bumbung.

Previous post

Toyota GR Hilux Akan Bersaing Dengan Ford Ranger Raptor Di Australia?

Next post

Minyak Enjin Shell Helix ECO Dilancarkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *