Promosi / Tawaran / Peraduan

BMW Malaysia Perkenal Kempen “Joy.Electrified by i”

BMW Malaysia telah melancarkan “Joy.Electrified by i”, sebuah kempen yang dirumus khas untuk mempromosikan barisan kenderaan BMW iPerformance. Tawaran eksklusif ini sah sehingga 31 Mac 2020.

Kempen ini membuka tirai dengan penawaran eksklusif “Unplug & Play” untuk BMW 530e, termasuk kadar pembiayaan 0.33% melalui BMW Straight Line Financing Solution serta rebat bermula daripada RM20,000 dan ke atas.

Di samping itu, 530e dan kenderaan BMW iPerformance terpilih yang lain akan diliputi oleh BMW Comprehensive Motor Insurance bertempoh 1 tahun secara percuma, termasuk BMW Ultimate Protection Programme bertempoh 1 tahun. Kesemua kenderaan BMW iPerformance juga akan menerima waranti bateri hibrid untuk tempoh 6 tahun atau 100,000 km.

Sempena pengenalan Joy.Electrified by i, BMW Comprehensive Motor Insurance bertempoh 1 tahun akan ditawarkan bersama pelan pembiayaan fleksibel daripada BMW Group Financial Services Malaysia. Insurans motor ini menjamin kesenangan dan mengambil waktu yang singkat untuk menangani insiden kemalangan atau kerugian sepenuhnya (total loss).

Jika jentera BMW anda disahkan rugi sepenuhnya akibat kecurian dalam tempoh pemilikan 12 bulan yang pertama, ia akan digantikan dengan jentera BMW baharu. Program insurans motor ini akan menyelesaikan tuntutan kerugian sepenuhnya atau kecurian, termasuk pemprosesan tuntutan segera bagi kerosakan pada cermin hadapan, serta pengecualian penambahbaikan (waiver of betterment) bertempoh sehingga 10 tahun untuk kenderaan anda.

Untuk menggandakan perlindungan ini, BMW Ultimate Protection Programme juga akan ditawarkan secara percuma selama 1 tahun dengan jentera BMW yang diinsuranskan oleh BMW Comprehensive Motor Insurance. Ditaja jamin oleh Allianz General Insurance Company, pelan ini meliputi pemandu dan kenderaan BMW mereka untuk bantuan khas (special relief), kerosakan calar dan kemik, dan banyak lagi.

Kempen ini juga memperkenalkan BMW ChargeNow Promo yang bakal menghadiahkan pemilik kenderaan BMW iPerformance yang terpilih seunit BMW i AC Fast Charging Cable dan kad BMW ChargeNow yang memberikan akses ke atas stesen-stesen pengecasan rakan kongsi BMW seperti ChargEV oleh Malaysian Green Technology Corporation.

Dengan perkhidmatan BMW ChargeNow, pelanggan dapat menikmati bantuan dan akses 24/7 ke atas semua 270 fasiliti pengecasan ChargEV di seluruh negara. Selain itu, pemilik baharu BMW 740Le juga akan dihadiahkan BMW i Wallbox Plus dan BMW i AC Fast Charging Cable menerusi BMW i Wallbox Promo.

Previous post

Cara Mengecat Kenderaan Baharu Dan Cekap Toyota

Next post

Honda Malaysia Tutup Operasi Dari 18 - 31 Mac 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *