Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha NVX 2020 Dilancarkan – RM10,088

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan skuter NVX versi 2020 yang ditawarkan dalam tiga warna baharu iaitu merah/kelabu, kuning/hitam dan biru.

Boleh didapati di wakil pengedar sah HLYM bermula bulan ini, NVX 2020 dijual pada harga RM10,088 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor plat).

NVX kekal dengan enjin Blue Core 155 cc silinder tunggal dengan Variable Valve Actuation (VVA) yang menghasilkan 14.8 hp pada 8,000 rpm dan 13.8 Nm pada 6,250 rpm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik V-belt.

Kelengkapan standard termasuk lampu LED depan dan belakang, paparan digital 5.8 inci, ruang penyimpanan 25 liter di bawah tempat duduk, soket elektrik serta sistem kunci pintar dengan fungsi ‘keyless start’ dan Immobilizer.

Previous post

Ford Troller TX4 Sedia Harungi Cabaran Lasak

Next post

Volkswagen Penaja Kenderaan Rasmi Le Tour de Langkawi '20

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *