Berita Auto

Volkswagen, Tarik Jeans Jalin Kerjasama Selamatkan Malayan Tapir

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah menjalin kerjasama dengan jenama pakaian denim jalanan tempatan, Tarik Jeans dalam usaha mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran mengenai Malayan Tapir yang kini diancam kepupusan.

Inisiatif itu dilaksanakan menerusi pelancaran kapsul koleksi “Modern Nostalgia” eksklusif yang menampilkan elemen-elemen penting kedua-dua jenama tersebut.

Koleksi itu terdiri daripada pelbagai barangan seperti kemeja-T, topi, bandana, beg tote, rantai kunci dan pelekat pakaian yang menampilkan gabungan model-model ikonik dan moden Volkswagen dengan rekaan vintaj.

“Kami berbesar hati kerana berpeluang memainkan peranan dalam projek yang penuh makna ini. Sudah pasti, kami tidak akan berhenti di sini dan terus mencari jalan untuk menyumbang ke arah perubahan yang lebih baik,” kata Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter.

Barangan daripada koleksi “Modern Nostalgia” boleh didapati di laman web Volkswagen dan Tarik Jeans, Shopee, Zalora dan di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Sebanyak 50 peratus daripada jualan kempen ini akan disalurkan ke Hutan Simpan Kenaboi, Negeri Sembilan pada Hari Tapir Sedunia, 27 April depan.

Malayan tapir merupakan satu-satunya spesis tapir yang hidup di kepulauan Sumatra, Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand serta mempunyai corak badan yang tersendiri. Dianggarkan kini hanya terdapat kurang 3,000 ekor tapir sahaja yang tinggal.

Previous post

Honda Civic Type R Edisi Terhad Hanya Untuk 100 Pemilik

Next post

Volvo S90, V90 Diberikan Facelift

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *