Berita Auto

Volkswagen Penaja Kenderaan Rasmi Le Tour de Langkawi ’20

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan bahawa ia kembali menjadi rakan automotif rasmi bagi acara Le Tour de Langkawi (LTDL) edisi ke-25 tahun ini.

Ini merupakan kali ketiga Volkswagen dipilih sebagai Penaja Kenderaan Rasmi sejak tahun 2016.

Sebagai rakan automotif rasmi, VPCM menyediakan 120 unit Tiguan Highline yang akan digunakan sepanjang perlumbaan oleh pelumba, marshal keselamatan dan para pegawai.

Tiguan menggabungkan enjin turbo 1.4L TSI dengan kotak gear klac basah DSG untuk memberikan output berjumlah 150 PS dan tork 250 Nm di antara 1,500 hingga 3,500 rpm.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata pihaknya berbesar hati kerana sekali lagi dapat menjadi sebahagian daripada pertandingan lumba basikal paling terkenal di dunia.

“Kami yakin Tiguan cukup sesuai untuk memberi sokongan kepada pasukan operasi dari segi keselamatan, ketahanan, pemanduan lincah dan laju. Bagi pihak Volkswagen, kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelumba yang akan bersaing dalam pertandingan tahun ini,” kata beliau.

Previous post

Yamaha NVX 2020 Dilancarkan - RM10,088

Next post

Mercedes-Benz X-Class Diberhentikan Secara Rasmi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *