Berita Auto

Toyota GR Corolla Mungkin Hadir Dengan 250 hp

Barisan hot hatch Toyota yang kini terdiri daripada GR Yaris bakal berkembang dengan kehadiran satu lagi model baharu iaitu GR Corolla.

Menurut laporan Auto Express, model tersebut dikatakan akan diperkenalkan pada 2023 dengan enjin yang sama dengan GR Yaris.

Diperkenalkan pada awal tahun ini, GR Yaris dikuasakan oleh enjin turbo 1.6-liter tiga silinder (kod nama G16E-GTS) dengan kuasa berjumlah 268 hp dan 370 Nm.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada GR Corolla akan hadir dengan jumlah kuasa yang sama ataupun tidak. Auto Express mengatakan bahawa model tersebut mungkin mendapat 250 hp dan transmisi manual enam kelajuan.

Jika benar, GR Corolla lebih layak menjadi pesaing kepada Ford Focus ST dan Hyundai i30 N berbanding Renault Megane RS Trophy dan Honda Civic Type R.

Previous post

Aston Martin Vantage Roadster - 510 PS, 685 Nm

Next post

Proton Lancar X70 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *