Berita Auto

Toyota GR C-HR Bakal Dilancarkan Pada 2023?

Nampaknya Toyota betul-betul serius hendak memperluaskan barisan model Gazoo Racing (GR) mereka. Selepas timbul khabar angin mengenai GR Corolla, kini syarikat itu dilaporkan akan menghasilkan GR C-HR pula.

Menurut Auto Express, GR C-HR dijangka akan tiba menjelang tahun 2023. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan jika model berprestasi itu akan dibina berasaskan model generasi pertama atau generasi kedua.

Seperti GR Corolla, GR C-HR dijangka hadir dengan enjin turbo 1.6-liter tiga silinder yang kini digunakan pada GR Yaris. Auto Express diberitahu bahawa enjin tersebut boleh digunakan dalam aplikasi lain dan boleh ditawarkan dalam lebih daripada satu talaan.

Seperti Corolla dan Yaris, C-HR turut dibina di atas platform TNGA yang dikatakan sesuai untuk digunakan sebagai asas kepada sebuah crossover berprestasi, lebih-lebih lagi dengan adanya sistem suspensi multi-link.

Jika GR C-HR direalisasikan, ia akan bersaing dengan Volkswagen T-Roc R serta dua lagi model yang sedang dalam proses pembangunan iaitu Hyundai Kona N dan Ford Puma ST.

Previous post

Audi Sediakan Lawatan Kilang Maya Online!

Next post

Honda EX5 2020 Dilancarkan Dengan Grafik Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *