Bisnes

Sime Darby Swedish Auto Sdn Bhd Adalah Peniaga Volvo Terbaharu

Volvo Cars semakin maju lagi maju. Kerana itulah gergasi kumpulan otomotif Sime Darby mahu turut mengaut keuntungan bersama dan telah cepat-cepat memasukkan jenama kereta premium ini bersama di bawah payung automotif mereka.

Pembuat kereta Volvo Car Malaysia dan rakan kongsi tempatan mereka, Sime Darby Swedish Auto Sdn Bhd pagi semalam telah memperkukuhkan perkongsian mereka dengan membuka pusat Volvo 3S (Pusat Jualan, Perkhidmatan & Alat Ganti) di Sime Darby Motors City di Ara Damansara.

Sime Darby Swedish Auto Launch
Sime Darby Swedish Auto Launch
Sime Darby Swedish Auto Launch
Sime Darby Swedish Auto Launch
Sime Darby Swedish Auto Launch
Sime Darby Swedish Auto Launch

Pusat Volvo 3S ini dijangka memperkuatkan usaha pembuat kereta Sweden itu menyampaikan wawasan jenama mereka ke pasaran dan meningkatkan keyakinan pelanggan ketika Volvo Car Malaysia semakin kuat lagi kuat.

Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia berkata bahawa setelah membina tapak yang kukuh di Malaysia sejak tahun 1966, pembuat kereta Sweden itu masih terus berusaha memperluas kehadirannya di seluruh negara dengan rakan kongsi yang serasi.

BHPetrol RON95 Euro 4M

“Dengan terus membanggun diatas pencapaian kami pada tahun 2018 dan pertumbuhan selanjutnya pada tahun 2019, Volvo akan mempunyai 2020 yang hebat. Kerjasama kami dengan peniaga premium seperti Sime Darby Swedish Auto Sdn Bhd adalah kunci untuk memperluaskan cita-cita dan warisan yang diilhami oleh Volvo Sweden dalam hal pengalaman runcit, jualan kereta baharu dan peningkatan perkhidmatan pelanggan mereka. Potensinya adalah luar biasa “, kata Nalin.

Pusat Volvo 3S state-of -the art 4 tingkat ini dibina mematuhi standard runcit kereta Volvo – Pengalaman Runcit Volvo/Volvo Retail Experience (VRE). Ia juga merupakan Pusat 3S yang pertama yang akan dilengkapi dengan VR Studio (Virtual Reality Studio) dan “Reception at the Counter” bay.

Sime Darby Swedish Auto Launch
Sime Darby Swedish Auto Launch
Sime Darby Swedish Auto Launch
Sime Darby Swedish Auto Launch
Sime Darby Swedish Auto Launch
Sime Darby Swedish Auto Launch

Pusat 3S ini direka untuk menyampaikan pengalaman mewah kontemporari yang memaparkan bilik pameran di tingkat bawah untuk mempamerkan marque premium dan pusat servis jenama yang lengkap dengan kawasan perincian kereta di seluruh tingkat dua dan tiga. Sementara itu, penjajaran roda dan zon pengimbangan pula terletak di tingkat empat.

Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Bahagian Motor dari Sime Darby Berhad pula berkata “Sejak permulaan hubungan kami dengan Volvo Cars Malaysia, ianya penting bagi kami untuk memberi kepuasan pelanggan yang tinggi dan ini dapat dilihat dalam banyak penawaran di Pusat 3S kami”.

Pasukan selepas jualan yang berkemahiran tinggi yang terdiri daripada 8 anggota akan menguruskan 8 ruang pembaikan dan perkhidmatan yang mana dua ditetapkan khusus sebagai ruang “Penerimaan di Kaunter”.

Sime Darby Swedish Auto also has 2 very experienced hybrid and battery technicians to look after their Plug-In hybrid customers and they are ready for the RECHARGE lineup to arrive.

Bercakap kepada prinsipal peniaga, Jeremy Cheong, kami dimaklumkan bahawa sudah ada beberapa pelanggan yang memandu masuk untuk melihat tawaran terkini Volvo ketika mereka melawat Motor City.

Previous post

9 Pemegang AP Baru Akan Memulakan Perniagaan Tahun 2020 Ini

Next post

Apa Reaksi Beberapa Pengeluar Kereta Malaysia Tentang NAP 2020

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *