Promosi / Tawaran / Peraduan

Promosi Tahun Baru Cina Mitsubishi Dilanjutkan Hingga Akhir Februari

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bahawa ia akan melanjutkan promosi Tahun Baru Cina hingga 29 Februari 2020.

Menerusi promosi ini, pelanggan boleh menikmati kadar faedah serendah 0.88% untuk varian Triton terpilih dengan pembiayaan daripada Maybank dan Public Bank.

Pelanggan yang menempah dan mendaftar Triton VGT Adventure X, Triton VGT AT Premium dan Triton VGT MT Premium boleh memilih untuk menikmati kadar faedah rendah 0.88% atau rebat tunai bernilai sehingga RM9,000.

Sementara itu, mereka yang menempah Triton Knight, Triton VGT AT, Triton VGT MT dan Triton Quest 4X2 akan mendapat rebat tunai bernilai sehingga RM8,000.

Mereka yang memilih Outlander juga akan dapat menikmati pakej penyelenggaraan percuma selama dua tahun serta rebat tunai bernilai RM4,000 untuk varian 2.0 dan RM2,000 untuk varian 2.4.

Turut tidak ketinggalan adalah ASX, yang boleh didapati dengan rebat tunai bernilai RM8,000 untuk varian 2WD dan RM12,000 untuk varian 4WD.

Selain itu, pelanggan yang menghantar kenderaan mereka ke mana-mana pusat servis Mitsubishi berpeluang untuk memenangi syiling emas bernilai RM888 dengan perbelanjaan minimum RM688.

Previous post

Honda EX5 2020 Dilancarkan Dengan Grafik Baharu

Next post

Kia XCeed Dan Konsep "Imagine By Kia" Menang Anugerah Reka Bentuk iF

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *