Promosi / Tawaran / Peraduan

Promosi Tahun Baru Cina 2020 dari Volkswagen

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) meraikan kemeriahan Tahun Baru Cina dengan rumah terbuka di seluruh negara yang akan diadakan pada Sabtu, 8 Februari bermula 11 pagi hingga 5 petang di pengedar sah Volkswagen di seluruh negara.

Tarikan utama acara ini adalah Passat 2.0TSI Elegance yang baru sahaja dilancarkan pada harga RM187,990. Untuk tempoh terhad, ia didatangkan dengan insurans selama setahun secara percuma.

Sementara itu, Tiguan (Highline, JOIN dan Sound & Style) didatangkan dengan tambahan insurans dan rebat petrol secara percuma selama setahun.

Model-model dan penjimatan adalah seperti berikut:

Pemilik kenderaan Volkswagen yang berkunjung ke rumah terbuka ini boleh menempah satu slot pemeriksaan 20 poin secara percuma atau menikmati diskaun sehingga 20% ke atas bateri dan tayar.

Mereka yang mempunyai baucar penyelenggaraan percuma dan membelanjakan minimum RM388 akan menerima penambahan bendalir penyejuk, pembersih cermin utama dan minyak enjin secara percuma.

Sementara mereka yang tidak ada baucar pula hanya perlu berbelanja minimum RM488 untuk mendapat tawaran yang sama. Pelanggan VCP layak untuk menerima manfaat sama seperti di atas dengan hanya berbelanja minimum RM288.

Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, serta jaminan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Previous post

Pengeluaran Mercedes-Benz X-Class Akan Dihentikan Mei Ini

Next post

Kini Anda Boleh Beli atau Langgan Kereta Renault Secara Dalam Talian

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *