Promosi / Tawaran / Peraduan

Pesara Setia Alam 74 Tahun Menang Kereta Sport BMW Z4 sDrive30i M Sport Bernilai RM479,800

Pengalaman yang sukar dilupakan bagi seorang pelanggan bertuah Quill Automobiles, Mr. Wong Ngai Chee.

Pada 13 Ogos 2019, anak perempuan Wong Ngai Chee menghadiahkan beliau sebuah BMW X1. Hari ini, pesara dari Setia Alam ini diumumkan sebagai pemenang Hadiah Utama peraduan X Marks The Future Contest yang dianjurkan oleh Quill Automobiles.

Beliau telah membawa pulang sebuah BMW Z4 sDrive30i M Sport di upacara penyampaian di Quill 9, Petaling Jaya awal hari ini.

Mr. Wong sekeluarga merupakan pelanggan setia Quill Automobiles. Kata beliau, “Pengalaman sekali seumur hidup ini membuatkannya semua rasa berbaloi setelah sekian lama.”

Peraduan tersebut telah menarik 3,000 penyertaan sepanjang 6 bulan ia berlangsung, dari Julai 2019 hingga Januari 2020.

Pengarah Eksekutif Kumpulan daripada Quill Group of Companies, Dato’ Michael Ong telah membuat cabutan nama Mr. Wong sebagai pemenang.

BMW Z4 ini baharu sahaja dilancarkan tahun lepas merupakan roadster premium yang boleh mencecah kelajuan 0-100km/h dengan hanya 5.4 saat.

Hadiah Kedua dimenangi Millie Yap dan beliau membawa pulang set bagasi eksklusif berjenama TUMI bernilai RM2,690, manakala Angeline Kwan merupakan penerima Hadiah Ketiga, makan malam di Le Petit Chef oleh Elements KL bernilai RM1,998.

Previous post

Apa Reaksi Beberapa Pengeluar Kereta Malaysia Tentang NAP 2020

Next post

Renault Group Mobiliti Elektrik Untuk Semua Hari Ini & Esok

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *