Cerita Auto

Toyota Lancar Pertandingan Pembangunan dan Pengurusan Mobiliti Bandar

Toyota Mobility Foundation (TMF) telah memeterai persetujuan dengan Malaysia Digital Economi Corporation (MDEC) untuk melancarkan program City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH).

Ia merupakan pertandingan pertama seumpamanya di rantau ini dengan matlamat untuk meningkatkan kecekapan di dalam perancangan bandar, serta memacu ke arah masa depan mobiliti yang lebih lestari.

Kerjasama ini juga akan membolehkan Kuala Lumpur menjadi pelopor di dalam meletakkan tanda aras bagi pembangunan bandar generasi baru dan pengurusan mobiliti bandar di rantau ini.

CATCH akan mencari jalan untuk mengatasi cabaran-cabaran mobiliti di Kuala Lumpur dengan penglibatan penyelesaian peringkat global dalam tempoh lapan bulan, di mana semua peserta – terdiri daripada entiti pemula, ahli akademik serta institusi kaji selidik hinggalah badan koporat, dan termasuk juga khalayak umum – boleh menyumbang untuk membangunkan konsep dan mencadangkan penyelesaian yang dinamik, pintar serta berasaskan data untuk merencana infrastruktur bandar di masa hadapan.

Untuk tujuan itu, TMF akan menyediakan geran bagi setiap peringkat pertandingan ini — bernilai sehingga US$1.5 juta keseluruhannya — untuk menyokong pasukan-pasukan yang ada, ke arah pembangunan dan ujian penyelesaian yang diusahakan di Kuala Lumpur. Peserta juga akan mendapat khidmat mentor, nasihat pakar serta program inkubasi.

CATCH akan menyediakan data kepada peserta untuk memperkasakan mereka dalam usaha membangunkan penyelesaian yang akan dipilih, yang selari dengan Akta Perlindungan Data Peribadi. Rakan usaha sama bagi data ini terdiri daripada kedua-dua sektor awam dan swasta yang memiliki data berbeza berkaitan pergerakan pengguna, seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, PDRM, Agensi Pengangkutan Awam Darat, Grab, MapIT MSC, Mass Rapid Transit Corporation dan Prasarana Malaysia.

Presiden UMW Toyota Motor, K. Ravindran berkata; “Kami sangat berbangga untuk terlibat di dalam usaha mengatasi cabaran-cabaran bagi menjadikan “Mobiliti Untuk Semua” satu kenyataan. TMF menyediakan platform untuk mewujudkan lingkungan mobiliti dan masyarakat yang lebih baik, disokong pula dengan pendekatan berasaskan data dan medium digital.”

Previous post

Semua Kereta Geely Akan Datang Dengan Pembersih Udara Gred-N95 Menjelang Mac 2020

Next post

Honda Accord Generasi ke-10 Dibuka Untuk Tempahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *