Undang - Undang

Tiada Pelupusan Kereta Mandatori Dalam NAP 2020

Tidak akan ada dasar sekerap kereta mandatori untuk kenderaan berumur tetapi akan ada format baharu untuk memastikan mereka tetap ROADWORTHY (yang masih boleh digunakan di jalan raya). Ini adalah mengikut pratonton  NAP 2020 kami.

Ini mungkin pendekatan pertengahan yang terbaik. Kerajaan Pakatan Harapan tidak mampu untuk menguatkuasakan skim tidak popular seperti pelupusan kereta mandatori. Ini kerana ramai B40 dan beberapa M40 tidak mampu untuk menggantikan kereta lama mereka dengan sesuatu yang baharu dan terlalu mahal. Sesetengah daripada kita tidak suka prospek terikat kepada komitmen sewa beli jangka panjang bahkan skim pelupusan kereta mandatori yang dilaksanakan sebagaimana baik pun akan dipandang buruk oleh Rakyat.

Persoalannya ialah, bagaimanakah kerajaan akan memastikan kesesuaian jalan kereta? Pada masa ini, Puspakom melakukan pemeriksaan asas untuk kerosakan casis semasa pemindahan pemilikan. Oleh itu, jika seorang pemilik kenderaan berbahaya memutuskan untuk terus mengunakan kenderaannya tanpa menjualnya, tidak mungkin Puspakom mahu terlibat.

Mungkin kerajaan akan meletakkan syarat supaya setiap tahun atau 3 tahun, kereta berusia tertentu tahun, mesti menjalankan pemeriksaan Puspakom sebelum pembaharuan cukai jalan. Mungkin syarikat insurans akan menginsentifkan perkara ini, kerana itu jelas akan membantu mereka menguruskan risiko dengan lebih baik.

Atau mungkin kerajaan akan menswastakan agensi luar untuk menjalankan pemeriksaan pelbagai-titik asas yang menggabungkan OBD2 dan pemeriksaan visual. Kami tahu beberapa start-up seperti MyTukar, MUV dan yang lain sudah menawarkan perkhidmatan serupa apabila menjual atau membeli kereta. Persoalannya sama ada entiti baharu itu akan diwujudkan untuk fungsi ini, atau jika entiti yang sedia ada seperti Puspakom boleh melakukannya.

Sebagai seseorang yang memiliki kenderaan berusia 24-30 tahun secara eksklusif dalam 5 tahun kebelakangan, saya lega mendengar bahawa saya boleh terus mengunakan Honda,BMW,Mazda lama saya. Tetapi mari kita harap mereka melakukan ujian kesempurnaan jalan raya dengan betul dan objektif.

Previous post

Honda Jazz, City dan CR-V Ungguli Kaji Selidik J.D. Power Malaysia 2019

Next post

Hyundai i20 Tampil Dengan Rekaan Lebih Sporty

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *