Berita Auto

MC20 Dipilih Sebagai Nama Kereta Sport Terbaru Maserati

Maserati mengesahkan bahawa kereta sport baharunya yang akan diberi nama MC20.

Dibangunkan dan bakal dihasilkan di Modena, Itali, model tersebut akan membuat kemunculan di Geneva Motor Show pada bulan Mac ini.

Menurut Maserati, MC adalah singkatan bagi ‘Maserati Corse’ manakala 20 pula merujuk kepada tahun 2020 yang menandakan bermulanya era baharu bagi jenama itu.

MC20 dikatakan sebagai evolusi semula jadi kepada model MC12 yang diperkenalkan pada tahun 2004. Jentera tersebut memenangi 22 perlumbaan dan 14 kejohanan sehingga tahun 2010.

Seperti MC12, MC20 turut menandakan kembalinya Maserati ke kancah sukan permotoran setelah 10 tahun meninggalkannya.

Maklumat mengenai model itu masih menjadi rahsia namun apa yang pasti ia akan tampil dengan tren kuasa elektrik.

Previous post

Mong-Koo Chung Hyundai Dimasukkan Ke Dalam Hall Of Fame Automotif

Next post

Insentif Tersuai Boleh Menghasilkan Rasuah Tersuai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *