Bisnes

Jualan Porsche Asia Pacific Naik 41% Pada 2019

Porsche Asia Pacific mengumumkan bahawa pada 2019 sebanyak 3,025 unit kenderaan diserahkan kepada pelanggan di rantau tersebut, mewakili peningkatan sebanyak 41% berbanding rekod jualan 2018 iaitu 2,147 unit.

Thailand muncul sebagai pasaran terbaik dengan penyerahan mencecah 922 unit, diikuti oleh Singapura dengan 591 unit sementara Vietnam mencatat 326 unit. Setelah dimasukkan di bawah Porsche Asia Pacific tahun lalu, New Zealand menyaksikan permintaan memberangsangkan dengan 415 unit terjual.

Barisan SUV jenama itu mencatat pertumbuhan signifikan dengan lebih 1,000 unit terjual bagi setiap model. Daripada 1,070 unit Cayenne yang diserahkan, 53% daripadanya terdiri daripada model hibrid plug-in. Jualan Macan pula naik 84% dengan 1,090 unit terjual.

Porsche 911 yang ikonik terus popular di kalangan pelanggan dengan jualan mencecah 352 unit, meningkat 16% berbanding tahun lalu. Sementara itu, Porsche Asia Pacific menyerahkan sebanyak 312 unit Panamera dan 201 unit siri 718 kepada pelanggan mereka sepanjang tahun lalu.

“2019 merupakan tahun yang hebat buat Porsche Asia Pacific. Prestasi yang kukuh di pasaran adalah hasil daripada porfolio produk yang menarik yang membuatkan pelanggan tertarik dengan jenama Porsche,” kata Arthur Willmann, Pengarah Urusan Porsche Asia Pacific.

Previous post

Toyota Buka Tempahan Alphard, Vellfire 2020

Next post

Mini UK Mempertimbangkan Pengeluaran Beralih Ke Belanda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *