Motosikal / Lain Lain Roda

Honda EX5 2020 Dilancarkan Dengan Grafik Baharu

Terkenal dengan ketahanannya, Honda EX5 telah dikemaskini untuk tahun 2020 dengan grafik segar yang menyerlahkan lagi reka bentuknya.

Seperti sebelum ini, Boon Siew Honda menawarkan kapcai tersebut dalam versi rim tetuang (cast wheel) dan rim jejari (spoke wheel). Terdapat dua pilihan warna iaitu Pearl Nightfall Blue dan Pearl Magellanic Black.

Memacu EX5 adalah enjin sejukan udara silinder tunggal bersesaran 110 cc yang menghasilkan 8.54 hp pada 7,500 rpm dan 8.62 Nm pada 5,500 rpm. Enjin ini disokong oleh sistem suntikan bahan api PGM-Fi yang menyumbang kepada emisi rendah dan penjimatan bahan api.

Harga (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran) bagi EX5 2020 bermula dari RM4,783 bagi versi rim jejari dan RM5,009 bagi roda tetuang. Model ini didatangkan dengan jaminan pengeluar untuk dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

Toyota GR C-HR Bakal Dilancarkan Pada 2023?

Next post

Promosi Tahun Baru Cina Mitsubishi Dilanjutkan Hingga Akhir Februari

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *