Berita Auto

Honda Accord Generasi ke-10 Dibuka Untuk Tempahan

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Honda Accord generasi ke-10 dibuka untuk tempahan di kesemua 100 bilik pameran Honda di seluruh negara.

Sedan segmen D itu hadir dengan enjin VTEC Turbo 1.5-liter empat silinder dengan kuasa berjumlah 201 PS dan 260 Nm yang dikatakan lebih berkuasa berbanding enjin NA 2.4-liter.

Selain itu, ia turut hadir dengan lampu LED hadapan dan belakang, muncung ekzos berkembar dengan kemasan krom dan rim 18 inci.

Turut disertakan adalah sistem Honda SENSING yang terdiri daripada ciri-ciri seperti berikut:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low Speed Follow (LSF)
  • Auto High-Beam (AHB)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)

Turut disertakan adalah:

  • Sistem Bantuan Parkir Pintar dengan Bantuan Brek (belakang)
  • kamera 360 darjah
  • 6 beg udara
  • Vehicle Stability Assist (VSA)
  • Anti-lock Braking System (ABS)
  • Electronic Brake Distribution (EBD)
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • Hill Start Assist (HSA)
  • Sensor parkir hadapan dan belakang dengan kamera multi-sudut

Harga dan varian yang akan ditawarkan masih belum diumumkan, begitu juga dengan tarikh pelancaran.

Previous post

Toyota Lancar Pertandingan Pembangunan dan Pengurusan Mobiliti Bandar

Next post

Pendedahan Sepenuhnya Kia Sorento 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *