Bisnes

BMW Serah 11,567 Unit Kenderaan Pada 2019

BMW Group Malaysia mengumumkan ia berjaya menyerahkan 11,567 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad pada tahun 2019.

Walaupun syarikat itu memperkenalkan 32 model baharu daripada jenama BMW dan MINI, termasuk empat kenderaan elektrik, jumlah itu 2,711 unit lebih rendah berbanding rekod jualannya pada 2018.

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, 3,148 unit daripadanya adalah kenderaan elektrik BMW dan MINI. Ia menyumbang kepada lebih 17,000 kenderaan elektrik yang telah diserahkan oleh BMW Group Malaysia sejak 2015.

Bagi membangunkan infrastruktur mobiliti elektro di dalam negara, BMW Group Malaysia melancarkan 18 fasiliti pengecasan BMW i tahun lalu, membawa jumlah keseluruhan fasiliti pengecasan kepada lebih 30 unit dalam tempoh tiga tahun.

Jenama BMW menyaksikan 9,300 pemilik baharu di Malaysia pada tahun lalu, diterajui oleh 2,514 unit 3 Series yang mana 1,000 daripadanya adalah 330e M Sport. Satu lagi penyumbang utama ialah 5 Series yang menyaksikan lebih daripada 2,000 pemilik baharu.

Famili BMW X mencatat jumlah penyerahan yang memberangsangkan sepanjang tahun 2019 dengan 3,985 unit diserahkan. X3 merupakan model paling popular dengan 1,354 unit, diikuti rapat oleh X1 dengan 1,331 unit. X5 xDrive40e turut menyumbang kepada penyerahan berjumlah 24% (975 unit) dalam Famili BMW X, menjadikannya model BMW X yang ketiga terlaris pada tahun 2019.

6. MINI Malaysia Introduces the New MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired and the New MINI Cooper S Countryman Pure

MINI menyerahkan 1,142 unit kenderaan pada tahun lalu, diterajui oleh Countryman yang menyumbang lebih separuh daripada jumlah penyerahan yang dicatat iaitu 685 unit. Sementara itu, BMW Motorrad berjaya menyerahkan 1,125 unit motosikal kepada pemilik-pemilik baharu, dengan segmen Adventure sebagai penyumbang utama dengan lebih 600 unit diserahkan pada tahun lalu.

BMW Group Financial Services Malaysia juga berjaya membentuk sebuah portfolio perniagaan yang utuh yang menyaksikan separuh daripada kenderaan BMW dan MINI yang diserahkan pada tahun lepas telah dibiayai dengan perkhidmatan berkenaan.

Ia juga telah memperkenalkan solusi pembiayaan Easy Drive untuk memudahkan mobiliti serta menjadikannya lebih fleksibel dan mampu milik untuk semua.

Untuk 2020, BMW Group Malaysia akan terus menerajui Mobiliti Bervisi ke hadapan; dengan komitmen yang jelas dan berterusan untuk memacu daya inovasi, keupayaan pemasangan di peringkat domestik, kesedaran terhadap teknologi yang baharu dan bersih bagi industri automotif, serta untuk mengubah infrastruktur kenderaan premium di Malaysia.

Syarikat itu juga akan membawa Malaysia ke aras kecemerlangan kesukanan baharu menerusi “Story of Thrilling Sportiness” untuk mencabar status quo dalam semua arena, manakala “Story of Independent Style” akan menjadi pendorong utama bagi jiwa keindividualan jenama BMW, mendefinisikan semula aspek kemewahan dengan estetika yang mencetus inspirasi dan inovasi perintis yang dapat memahat tanda aras baharu dalam segmen kenderaan mewah.

Previous post

Kini Anda Boleh Beli atau Langgan Kereta Renault Secara Dalam Talian

Next post

Toyota Buka Tempahan Alphard, Vellfire 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *