Motosikal / Lain Lain Roda

BMW F 900 R, F 900 XR Kini di Malaysia

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan dua motosikal premium baharu iaitu BMW F 900 R dan F 900 XR, sekaligus memperkukuhkan lagi portfolio motosikal kelas pertengahan mereka dalam segmen Roadster dan Kembara (Adventure).

F 900 R hadir dengan pakej Style Sport yang menampilkan posisi tempat duduk serba sporty. Ia ditawarkan dalam warna San Marino Blue Metallic dan Style Sport dalam Hockenheim Silver Metallic/Racing Red, berserta penutup tempat duduk penumpang.

Sementara itu, F 900 XR pula didatangkan dengan pakej Style Exclusive, dengan tangki Galvanic Gold Metallic dan pelindung radiator Granite Grey Metallic. Ia mempunyai posisi menunggang yang lebih selesa untuk perjalanan jauh. Ia juga hadir dengan aksesori BMW Motorrad berupa pelindung tangan, penghadang angin boleh laras, tongkat tengah dan pemegang beg.

Kedua-dua model dikuasakan oleh enjin dua silinder sebaris berkapasiti 895 cc yang menghasilkan 105 hp pada 8,750 rpm dan 92 Nm pada 6,500 rpm.

Selain kelengkapan klac ‘anti-hopping’ yang didatangkan standard, kedua-duanya juga boleh dilengkapi dengan kawalan tork seretan enjin (MSR) dan ciri Shift Assistant Pro yang membolehkan transmisi enam kelajuan dinaikkan atau diturunkan tanpa menggunakan klac.

Kelengkapan standard yang lain termasuklah mod tunggangan Rain dan Road dan Automatic Stability Control (ASC). Untuk lebih banyak mod, pelanggan boleh mendapatkan Riding Modes Pro yang merangkumi mod Dynamic dan Dynamic Pro.

Turut disertakan adalah skrin TFT warna berukuran 6.5 inci yang boleh dioperasikan menerusi Multi-Controller pada bahagian kiri bar hendal untuk mengakses fungsi kenderaan dan keterhubungan.

Harga jualan (di atas jalan, tanpa insurans, dan dengan Waranti Terbaharu Bertempoh 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia) adalah RM62,500 untuk F 900 R dan RM69,500 untuk F 900 XR.

Previous post

Hyundai Dedah Perincian dan Foto Rasmi i30 Facelift

Next post

Mazda Penaja Kereta Rasmi Kejohanan Golf Terbuka Bandar Malaysia 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *