Berita Auto

Kini Anda Boleh Beli atau Langgan Kereta Renault Secara Dalam Talian

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia hari ini melancarkan Renault E-Store baharu dengan ciri ‘Buy a Renault’ dan ‘Subscribe’.

Menerusi Renault E-Store, pelanggan tidak lagi perlu pergi ke bilik pameran untuk membeli atau melanggan kenderaan Renault kerana semuanya boleh dilakukan secara digital.

Untuk membuat pembelian, pelanggan hanya perlu layari laman web Renault Malaysia dan lakukan langkah-langkah berikut:

  • Pilih model dan warna yang mereka mahukan
  • Buat bayaran tempahan
  • Hantar dokumen-dokumen berkaitan
  • Hantar perincian penilaian trade-in
  • Sediakan pinjaman bank yang dimahukan
  • Periksa status kenderaan baharu mereka
  • Nyatakan lokasi penyerahan sama ada di bilik pameran Renault atau dihantar ke lokasi pilihan (tambahan kos)

Bagi meraikan pelancaran Renault E-Store, TCEC turut melanjutkan tawaran ‘Beli Satu, Percuma Satu’ untuk 50 pelanggan pertama yang membeli secara dalam talian. Mereka akan menerima langganan Captur selama enam bulan secara percuma. Langganan ini boleh dipindahkan kepada ahli keluarga.

Untuk langganan menerusi Renault Subscription pula, berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan:

  • Memilih kenderaan yang ingin dilanggan
  • Memuat naik dokumen-dokumen sokongan
  • Melihat status permohonan
  • Membuat bayaran dan deposit sekuriti
  • Menguruskan bayaran bulanan langganan mereka

Pelanggan boleh memandu pulang kereta Renault serba baharu mereka dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembayaran (bergantung kepada model).

Sebagai tambahan, pelanggan yang memiliki Switch Plan boleh memohon dan menguruskan kenderaan Switch mereka secara dalam talian. Subscription Switch Plan menawarkan fleksibiliti dan membolehkan pelanggan untuk bertukar di antara model-model Renault bergantung kepada keperluan mereka.

Bukan itu sahaja, Renault E-Store turut membolehkan pelanggan memohon sesi pandu uji di mana-mana bilik pameran Renault secara dalam talian.

Khas untuk model Captur, pelanggan boleh mendapatkan sesi pandu uji selama tiga jam menerusi GoCar di lebih 250 lokasi di seluruh negara.

Previous post

Promosi Tahun Baru Cina 2020 dari Volkswagen

Next post

BMW Serah 11,567 Unit Kenderaan Pada 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *