Berita Auto

Volkswagen Lancar Arteon R-Line Edition di Eropah

Segak kan Volkswagen Arteon R-Line Edition ni? Sayangnya, seperti Passat Variant R-Line Edition yang diperkenalkan pada tahun lalu, model ini terhad kepada pasaran Eropah sahaja.

Volkswagen Arteon R-Line Edition

Jika model station wagon itu terhad kepada 2,000 unit, tawaran terbaru Volkswagen ini akan menjadi lebih ‘rare’ kerana hanya 250 unit bakal dihasilkan.

Warna Moonstone Grey yang dipadankan dengan warna hitam sekali lagi digunakan untuk menarik perhatian pelanggan, bersama-sama dengan rim ‘Rosario’ berukuran 20 inci yang membuatkan jentera ini tampil lebih sporty.

Di dalam, pakej kulit Nappa dan sistem pencahayaan ambien menghiasi segenap ruang kabin. Selain kokpit digital, Arteon R-Line Edition juga mendapat sistem infotainmen Discover Pro lengkap dengan ciri Wireless App-Connect, kawalan suara dan radio digital.

Pilihan enjin yang ditawarkan terdiri daripada enjin TSI dan TDI berkuasa 190 PS yang digandingkan dengan transmisi DSG tujuh kelajuan untuk varian asas.

Pelanggan yang memilih versi TDI dengan 240 PS dan TSI dengan 272 PS akan turut mendapat sistem pacuan semua roda 4Motion dan kawalan casis adaptif DCC.

Previous post

Perodua Bezza 2020 Dilancarkan - Dari RM34,580

Next post

Pelbagai Tawaran Hebat Tahun Baru Cina dari Naza

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *