Promosi / Tawaran / Peraduan

Pelbagai Tawaran Hebat Tahun Baru Cina dari Naza

Bagi menyambut ketibaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Kumpulan Automotif Naza kini mengadakan pelbagai promosi hebat menerusi jenama-jenama yang bernaung di bawah kumpulan itu.

Menerusi kempen ‘More Ong, More Huat’, pelanggan Naza Kia Malaysia yang mendaftar kenderaan Kia dari 7 Januari hingga 29 Februari berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk sebuah Picanto.

Selain itu, syarikat itu turut menawarkan lapan baucar petrol bernilai RM1,000 serta kad Touch ‘n Go bernilai RM200 untuk lapan pemenang mingguan.

Setiap pembelian model Kia didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, servis pelincir percuma selama dua tahun dan akses ke Sky Lounge.

Pengedar rasmi Citroen iaitu Naza Euro Motors menjalankan kempen ‘Citroën Prosperity Drive’ hingga 29 Februari 2020, di mana pelanggan yang membeli C3 Aircross berharga RM115,888 akan mendapat ang pau bernilai RM8,888 dan tiga tahun servis percuma.

Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi Peugeot pula menawarkan tiga tahun servis percuma termasuk alat ganti dan kos buruh dengan setiap pembelian model Peugeot.

Sementara itu, kempen ‘888 Prosperity CNY Deals’ oleh Naza Motor Trading menawarkan harga istimewa ke atas model-model mewah terpilih seperti Mercedes-Benz CLA180, C200, GLA180, Toyota Vellfire, Alphard, Estima serta Harrier.

Untuk melihat dengan lebih dekat, kunjungi Naza Automall di Petaling Jaya dari hari ini hingga 24 Januari.

Previous post

Volkswagen Lancar Arteon R-Line Edition di Eropah

Next post

BENTLEY Berjaya Serah 11,006 Buah Kereta Pada 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *