Berita Auto

Suzuki Jimny Terima Sentuhan Vintaj DAMD

Pada tahun 2018, pengeluar kit badan terkenal DAMD memperkenalkan pakej Little G dan Little D yang membuatkan Suzuki Jimny kelihatan tidak ubah seperti G-Wagon dan Defender versi mini.

DAMD Suzuki Jimny

Untuk pertunjukan Tokyo Auto Salon 2020, syarikat itu kembali dengan beberapa kit badan terbaru yang dibangunkan untuk meningkatkan lagi penampilan SUV itu.

Dronco

Dengar sahaja namanya, kit Dronco ini jelas diinspirasikan oleh Ford Bronco original, apatah lagi Jimny dan Bronco kedua-duanya mempunyai reka bentuk bersegi.

Selain rekaan jeriji klasik, Dronco menampilkan bampar besi pada bahagian hadapan dan belakang serta jalur metalik pada bahagian sisi badan. Di belakang, terdapat tangga yang memberikan akses kepada bumbung.

The Roots

Gabungan warna kuning dan putih, serta jeriji mendatar yang ditampilkan oleh kit The Roots ini adalah ‘throwback’ kepada Jimny LJ10 yang dikeluarkan pada tahun 1970.

Selain jeriji unik dengan tulisan ‘Safari’, ia dilihat mempunyai bampar dan rim yang sama dengan Dronco. Gambar ruang dalaman tidak disiarkan, namun anda boleh lihat kerusinya menampilkan corak plaid.

Menurut DAMD, kedua-dua kit ini masih sedang dibangunkan dan kemungkinan akan memasuki pasaran tahun ini.

Previous post

Terbang Mewah Dengan ACH130 Aston Martin Edition

Next post

Mat Moto Dengan Langkah Silat Langgar Kereta

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *