Cerita Auto

Subaru Levorg Prototype STI Sport Tampil Rekaan Agresif

Seperti yang dijanjikan, Subaru memperkenalkan Levorg Prototype STI Sport di Tokyo Auto Salon 2020.

Subaru Levorg Prototype STI Sport

Model yang dipamerkan itu masih lagi dalam peringkat prototaip, namun sebahagian besar rekaan yang anda lihat di sini pasti akan hadir pada versi produksi.

Menurut Subaru, model prototaip ini menjadi kenderaan pertama mereka yang dilengkapi dengan peredam kawalan elektronik yang direka untuk memberikan pemanduan yang lebih berkualiti.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan sistem Drive Mode Select yang membolehkan pemandu mengubah karakter enjin, stereng, peredam dan sistem AWD dengan hanya menekan satu butang.

Perincian mengenai enjin tidak didedahkan namun model ini dijangka hadir dengan enjin turbo 1.8-liter empat silinder baharu yang diperkenalkan bersama-sama dengan Levorg Prototype pada Oktober tahun lalu.

Subaru tidak menyatakan jumlah output enjin tersebut namun ia dikatakan mampu menghasilkan jumlah tork yang tinggi.

Previous post

Butiran Toyota GR Yaris Anda Perlu Tahu

Next post

Honda Civic Type R Facelift Diperkenalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *