Anugerah / VOTY / Pameran Motor

Terbaik Dari Tokyo Auto Salon 2020

Sekiranya anda gila kereta, pameran ini memang untuk anda!

Edisi 2020  TOKYO AUTO SALON  sedang berlangsung di Makuhari Messe, Chiba. Pertunjukan tuning dan kereta perlumbaan bertaraf dunia dari 10 – 12hb Januari. Ia adalah acara tiga hari yang dianjurkan oleh Tokyo Auto Salon.

Pertunjukan seperti pada tahun-tahun sebelumnya mempunyai resto-mod yang menakjubkan dan juga kereta yang ditala dari model JDM klasik, ke kereta sukan Jerman sehingga kereta sukan Jepun dan sedan sukan terkini.

Penala dan pembekal alat-ganti terbesar dari jepun seperti RWB, EXEDY, BLITZ dan HKS turut hadir dengan pelbagai kereta yang ditala dan kereta yang paling ditala pada pameran tahun ini adalah Toyota Supra 2019. Berbagai penala telah menyahut cabaran untuk menaikan status Supra kepada sueprcar dengan kit badan gaya liar dan lebar dan skima cat yang sangat menarik.

BHP

Kereta klasik JDM seperti Nissan Skyline dari tahun 1970-an juga ditala sepenuhnya. Terdapat juga BMW 2002 yang diberi modifikasi moden.

Classic 911 SC dari Porsche tidak terkecuali dengan model yang ditala dan juga penukaran lengkuk tayar lebar yang dipamerkan.

Mercedes GT-R yang rare dari rumah penalaan ROBERUTA membuat penampilan dengan Jaguar XJR yang juga rare.

Penggerak keluarga dan MPV tidak terkecuali kerana ada juga yang ditala di dalam dan di bawah hud dengan beberapa model yang mengancam yang tidak digalakkan untuk jalan-jalan berlobang kitra. 

BHP

Itali juga dipamerkan dari Lamborghini Urus yang besar dan seksi kepada rangkaian kereta Lamborghini.

Kereta Ferrari yang ditala juga membuat persembahan tahun ini dan ia agak sayang untuk melihat reka bentuk aerodinamik terbaik mereka diubah semula oleh penala.

Tidak ketinggalan ialah Toyota Supra awal tahun 1980 dan adiknya yang lebih kecil Levin (AE86). Pelbagai jenis kereta hot Nissan turut hadir sepenuhnya bersama dengan Miata klasik dari Mazda.

Suzuki Jimny yang terbaru juga diperkenalkan dengan pelbagai pilihan untuk menjadikannya SUV kecil yang paling digemari.

Kereta kuasa rotari dari Mazda, RX-7, Savanna dan juga Efini juga berada di dewan utama yang besar dengan pelbagai pilihan penalaan.

Sistem hiburan kereta tidak dilupakan dengan pengeluar Hi-Fi dari Jepun yang terkemuka mempamerkan unit sistem bunyi terbaharu mereka. Aiwa dan Alpine turut membuat penampilan dengan tawaran terbaharu mereka.

Ia adalah musim paling sejuk untuk berada di Jepun waktu ini dengan suhu purata antara 2-9 darjah Celsius tetapi jika anda seorang peminat kereta dan sudah berada di Tokyo, jangan terlepas pameran kereta hebat ini.

Gambar ehsan dari: Ichiraku Toshiya di Jepun. 

Tokyo Auto Salon 2020
Previous post

Apa Sudah Jadi Dengan Pelancaran VW Arteon Di Malaysia?

Next post

Kereta BMW ‘M’ Kena Panggil Balik Tapi Malaysia Tak Terlibat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *