Uncategorized

Pusat Volvo 3S Baharu Kini Dibuka Di Ara Damansara

Sime Darby Swedish Auto Sdn Bhd secara rasminya melancarkan pusat Volvo 3S (jualan, servis & alat ganti) baharu mereka. Syarikat itu telah dilantik sebagai rakan peniaga Volvo Car Malaysia pada Oktober tahun lepas.

Volvo Ara

Terletak secara strategik sebagai sebahagian daripada Sime Darby Motors City di Ara Damansara, pusat 4-tingkat ini mempunyai warisan jenama Scandinavian dan mematuhi standard runcit Volvo Car – Pengalaman Runcit Volvo, Volvo Retail Experience (VRE).

Ia adalah pusat 3S pertama yang dilengkapi dengan studio Virtual Reality dan RATC Bay (Penerimaan di Kaunter). Semua tempat letak kereta pelanggan dilengkapi dengan pengecas kenderaan elektrik.

Bilik pameran terletak di tingkat bawah, sementara pusat servis, lengkap dengan kawasan detailing kereta, di tingkat kedua dan ketiga. Tempat alighment dan zon pengimbangan roda terletak di tingkat empat.

Terdapat 14 ruang perkhidmatan (termasuk dua untuk RATC Bays), yang akan diuruskan oleh pasukan pakar selepas jualan 18 orang.

Volvo Ara Damansara terletak di Block 6, Sime Darby Motors City, 6 Jalan PJU 1A / 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi dari 8.30 pagi hingga 6.00 petang Isnin hingga Jumaat, dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari Sabtu dan 10.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari Ahad dan hari cuti umum.

Pusat perkhidmatan dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan dari 8.30 pagi hingga 12.45 tengah hari pada hari Sabtu.


Previous post

Subaru Forester Dapat Makeover Ultimate Di Singapore Motor Show

Next post

Toyota Akan Hasilkan Semula Alat Ganti Supra A70, A80

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *