Berita Auto

Porsche Kembalikan Enjin Enam Silinder Kepada 718 Cayman, 718 Boxster

Sementara kebanyakan pengeluar memperkenalkan enjin yang lebih kecil untuk kenderaan mereka, Porsche melawan arus trend dengan mengembalikan semula enjin enam silinder menerusi 718 Cayman GTS 4.0 dan 718 Boxster GTS 4.0.

Porsche 718 Cayman GTS 4.0

Bakal menggantikan enjin turbo empat silinder sedia ada, kedua-dua tawaran terbaru itu hadir dengan enjin boxer ‘naturaly aspirated’ 4.0-liter enam silinder dengan kuasa sebanyak 394 hp dan 419 Nm.

Enjin tersebut memacu roda belakang menerusi transmisi manual enam kelajuan, iaitu satu-satunya pilihan transmisi yang ditawarkan oleh Porsche setakat ini.

Dari segi prestasi, kedua-dua model memerlukan 4.3 saat untuk memecut dari 0 hingga 96 km/j dan boleh mencapai kelajuan maksimum 293 km/j.

Kedua-dua model didatangkan standard dengan Porsche Active Suspension Management (PASM) yang mengurangkan ketinggian sebanyak 20 mm, serta sistem brek yang lebih besar dengan angkup enam omboh pada gandar hadapan.

Selain itu, Porsche Torque Vectoring (PTV) dan Limited-Slip Differential mekanikal juga merupakan sebahagian daripada pakej yang disertakan.

Previous post

Tiada Lagi Caj RM200 Jika Anda Isi Minyak Menggunakan Kad ATM MyDebit di Petron

Next post

Geely Melihat Pertumbuhan Positif Dalam Semua Bidang Pada 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *