Gaya Hidup

Tiada Lagi Caj RM200 Jika Anda Isi Minyak Menggunakan Kad ATM MyDebit di Petron

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengumumkan kerjasama dengan Petron untuk menerima pembayaran menggunakan kad ATM MyDebit di semua pam layan diri Petron.

Kerjasama ini diumumkan menerusi pelancaran kempen ‘FUEL-YoooH MyDebit Je with your ATM Card!’ di stesen Petron Bandar Baru Kulim. Majlis dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser dan Pengarah Urusan Petron, Faridah Ali.

Menerusi kerjasama ini, pelanggan Petron yang mengisi minyak menggunakan kad ATM MyDebit tidak lagi akan dikenakan caj RM200 yang akan dipulangkan semula dalam masa tiga hari selepas transaksi.

Menurut Peter Schiesser, pelanggan kini boleh memilih jumlah minyak yang ingin dibeli dan hanya jumlah tersebut akan disekat semasa pengisian. Jika pelanggan mengisi kurang daripada jumlah yang dipilih, baki akan dikreditkan semula ke akaun bank mereka sejurus pengisian dilakukan.

Sementara itu, Faridah Ali berkata, “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan PayNet bagi membolehkan penggunaan kad ATM MyDebit di stesen Petron dan mencipta pilihan pembayaran baharu untuk pelanggan kami.”

Bersempena dengan pelancaran kempen ‘FUEL-YoooH MyDebit Je with your ATM Card!’, pelanggan yang mengepam minyak di Petron menggunakan kad ATM dengan perbelanjaan minimum RM5 layak menyertai peraduan di mana mereka berpeluang untuk memenangi 84 hadiah termasuk dua buah Proton X70 dan kad hadiah Petron bernilai RM500

Previous post

Selamat Tinggal Bentley Mulsanne

Next post

Porsche Kembalikan Enjin Enam Silinder Kepada 718 Cayman, 718 Boxster

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *